sistem-ordersini

Website E-Commerce Percuma Untuk Peniaga Online | Daftar FREE Akaun Ordersini

Adakah korang perlukan website e-commerce untuk run bisnes online?

Kalau ya…

Ini berita baik untuk korang sebab aku akan share cara dapatkan website e-commerce secara percuma dalam posting ni.

Ini bukan hype tau. Ini butul butul!

InsyaAllah lepas habis je baca posting ni korang dah boleh ada website e-commerce sendiri. Tak perlu nak buat website. Guna je platform yang dah sedia ada. Jimat masa, wang dan tenaga.

Korang hanya perlu daftar akaun (free), hias dan setting sikit kedai, upload barang dan iklankan. Nampak tak? Korang akan lebih fokus buat jualan.

Ok dengan mengurangkan bebel, lets check it out!

Cara Buat Website E-Commerce Ordersini

Untuk perkongsian ini, aku memperkenalkan platform ordersini yang dibangunkan oleh anak tempatan but kualiti dia setanding dengan platform-platform e-commerce antarabangsa.

ordersini-sistem-urus-bisnes-online

Pengenalan ordersini

Ordersini ni sejenis sistem urus bisnes online paling lengkap dengan payment gateway, pilihan pos, launch countdown, sistem affliate & dropship, chatbox, membership login, generate invoice & macam-macam lagi. Korang boleh tengok semua fungsi yang ada di sini.

Dashboard Yang Mesra Pengguna

So boleh kata, semua keperluan asas untuk sesebuah website e-commerce dah ada dalam sistem ni. Korang just perlu create account je. Lepas korang dah daftar, boleh setup apa yang patut dan upload unlimited produk dalam sistem ni.

Untuk makluman korang, Ordersini tak kenakan apa-apa bayaran bulanan pun untuk akaun ni. Yelah, nama pun free akaun kan.

Pay Per Transaction

Ordersini menggunakan konsep pay per transaction. Setiap transaksi yang berjaya dari hasil jualan akan dicaj RM2 tak kira lah berapa ribu ringgit transaksi yang customer korang bayar ke akaun korang. Kalau tiada transaksi, tiada caj lah. Simple.

Ada transaksi, baru caj.

Contohnya, produk korang harga RM89. Ordersini akan caj RM2. So dalam akaun korang dapat RM87. Begitulah seterusnya untuk apa-apa amount sekalipun.

Kesimpulan

Ordersini antara sistem online hasil tangan anak muda Malaysia yang mampu bantu meningkatkan kredibiliti dan melonjakkan jualan perniagaan online korang.

Lepas ni, korang dah tak perlu nak reply wasap berjela-jela dengan customer. Just share link produk atau kedai korang dari sistem, seterusnya biarkan ia berjalan secara automatik dari pemilihan produk hinggalah proses pembayaran.

Semoga perkongsian ni dapat beri manfaat untuk bisnes online korang semua!

Apa pendapat korang tentang posting ni?

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM