6 Tips Pilih Nama Domain Untuk Website Atau Blog

Korang dah ada nama domain? Kalau belum ada, aku recommend korang teruskan membaca.

Sebelum ni aku ade share experience silap beli domain. Hope korang boleh tengok artikel ni so that korang tak akan tersilap langkah macam aku.

Untuk artikel kali ni, aku just nak share tips ringkas cara nak bagi nama untuk domain website korang. Bagi yang belum faham domain ni apa.

Maksud domain

Nak mudah cerita, domain ni alamat rumah di alam maya. Ingat tau, domain = address. Analoginya, pengunjung perlu tahu alamat baru boleh sampai ke destinasi. Lebih kurang macam tu.

Sebelum decide nak beli domain, it’s better untuk korang tahu atas tujuan apa nak ada website. Adakah untuk Blog? atau eCommerce? Once korang tahu untuk apa domain yang bakal dibeli, mudah untuk korang bagi nama.

nama domain terbaik untuk wordpress

Contohnya, kalau korang nak buat blog, nama untuk blog ni kebiasaannya ada 2 jenis. Satu untuk personal blog, satu lagi blog under certain niche.

Untuk personal blog, letak nama boleh, nickname boleh, apa-apa lah. Janji korang suka dan nama tu masih available.

Untuk blog under certain niche, sebagai contoh korang suka menulis pasal online bisnes, pasal tips kuruskan badan, pasal buat duit online etc., korang boleh letak nama domain mengikut keyword yang biasa nitizen taip di google. Tips ni jugak sesuai untuk website ecommerce. Contoh macam website milkboostermurah.

Tools cari keyword best

Korang boleh cari keyword-keyword ni guna google trend, keywordtool, atau ubersuggest. Lepas dah ada keyword yang berkenan di hati, terus check nama domain tu available ke tak.

Korang boleh check kat domain checker.

Korang juga boleh gunakan lead domain search. Website ni akan bantu korang dapatkan idea nama-nama domain yang korang minat. Jaga-jaga, mata korang pasti akan berpinar lepas korang taip search sebab pilihan terlalu banyak.

So kat sini aku kongsikan 6 tips nak pilih nama domain

1. Domain better pendek

Pilih domain yang pendek. Simple tu lebih awesome sebab kalau panjang-panjang, ada kebarangkalian untuk typo dan orang tak berapa nak ingat.

2. Mudah sebut dan ‘feel familiar’

Mudah sebut ni maksud dia, sekali baca orang dah faham. Tak perlu nak pusing kepala memikir nama domain korang. Nama domain yang biasa didengari pun bagus untuk website korang. Contohnya bangunpagi dot com atau kedaipakngah dot com.

3. Pilih dot com

Pilih lah extension dot com. Sebab apa? Sebab 47% dari domain seluruh dunia adalah dalam golongan dot com. Lagipun masyarakat dah familiar dengan dot com berbanding extension lain yang ada.

4. Elakkan nama yang ada copyright

Sebaiknya elakkan. Kalau korang rasa keyword yang korang nak masukkan tu ada digunakan pada jenama-jenama terkenal, better dielakkan. Banyak lagi nama lain kan?

5. Elakkan nombor atau askara

Sebaiknya nama domain hanya ada huruf sahaja dan elakkan penggunaan askara macam “-” “_” dan lain-lain simbol atau nombor.

6. Nama domain sama dengan akaun media sosial

Kalau boleh la. Nama domain yang korang akan beli tu, jugak available untuk nama akaun sosial media yang lain. Kalau dapat macam ni memang mantap bos! Bagus untuk branding.

Kesimpulan

Aku harap perkongsian ni dapat bagi sedikit gambaran untuk korang start brainstorm dan pilih nama domain yang sesuai untuk website tercinta.

Apa nama domain korang? Cuba share di ruang komen!

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM