5 Perkara Penting Yang Korang Kena Tahu Sebelum Decide Nak Beli Domain

Korang nak beli domain ye? Tahniah sebab artikel ni bakal selamatkan duit korang dari subscribe domain yang rugi.

Domain yang rugi? Ada ke istilah tu? Ada. Istilah yang aku bagi sendiri. Hahaha

Takpe. Korang teruskan membaca. Nanti korang akan faham di penghujung artikel. InsyaAllah bermanfaat.

Silap pilih domain

Macam ni cerita dia. Awal-awalnya aku plan nak buat website untuk one of aku punya bisnes. So aku dah survey la jenis-jenis design kt google. Macam mana aku survey? Off course lah aku tengok design pesaing.

Dari situ aku come out dengan beberapa design. Simple je. Korang boleh tengok website ni kingfibre dan homefibre kat sini. Itu pun aku edit-edit template sedia ada.

So, berbalik kepada isu aku beli domain. Aku dah pilih nama domain yang simple dan mudah diingat, tapi aku silap satu perkara.

Tak check creadibility nama domain!

Aku rasa memang rugi sangat time tu. Kenapa aku cakap rugi? Sebabnya aku nak gunakan website tu kat facebook sebab majoriti customer aku lepak situ.

Rupa-rupanya domain yang aku beli tu pernah dah orang guna sebelum ni dan dia promote pasal judi (kingfibre). Hampeh!

Confirm facebook block.

domain-kena-blocked-oleh-facebook

Website homefibre tu pulak ada isu dengan community standard facebook. Aku ada tanya kat kawan-kawan. Katanya extension domain xyz ni biasa orang guna untuk spam. Aku pun tak berapa pasti. Wallahua’lam.

Dah cuba contact team facebook untuk appeal. Chat dan email bagai untuk convince kan website aku yang baru ni bukan scam dan legit. Beberapa kali jugak la aku berbalas email dengan team facebook ni.

1st email facebook reply berjaya. Punya la seronok aku sebab dia clearly mention sudah unblocked. Tapi aku check still block. Apekehei?? Email lagi, dan lagi dan lagi. At the end, jawapan dia memang frust. Diaorang tak boleh buat apa-apa. Hukuman mati blocked.

So apa aku buat dengan dua website ni? Aku peram! Hahaha Nanti di kemudian hari aku delete lah dari hosting. Renew? Oh tidak sama sesekali. Letih la jaga banyak website ni. Yang ada ni cukup lah.

Walaupun memang ada cara lain untuk gunakan website-website ni tapi bagi aku biarlah ia berlalu pergi.

Aku redho. Hidup mesti diteruskan. No excuses. Just do!

So sebelum korang beli, check domain tu dulu kat sharing debugger facebook. Pengalaman ni membuatkan aku belajar dengan lebih berhati-hati bila nak beli domain lain.

Tips Beli Domain

beli-domain-murah

Kalau korang serius nak beli domain, boleh follow 5 tips ni:

  • pastikan nama domain simple je (macam revomad.com)
  • nama tu pulak harus yang mudah disebut dan tak buat orang confuse bila nak eja atau taip
  • tak kena block dengan mana-mana media sosial (penting bangat ni!)
  • pilih dot com sebab orang familiar dengan extension ni
  • jangan lupa cari coupon untuk save 1st year

Baca: 6 Tips Pilih Nama Domain

Kalau korang berminat nak beli domain, aku highly recommend korang beli kat jimathosting. Harga pun agak murah dan dia tak kenakan tax untuk total payment. Aku sendiri ada 3 domain dari mereka. Nantikan next posting aku cara nak cari idea nama domain.

Kesimpulan

Berbalik kepada topik yang aku tulis ni. Rugi atau tak bergantung kepada objektif masing-masing. Macam apa yang aku cerita kat atas, aku rasa rugi sebab domain yang aku beli di blocked oleh facebook. Dan aku juga percaya aku boleh dapat banyak trafik dari facebook.

Apa pendapat korang? Share sikit

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM