apakah-itu-domain

Apa Itu Domain? Dan Apa Itu Web Hosting? Antara 2 Soalan Yang Popular Ditanya

Adakah korang di antara nitizen di luar sana yang sering tertanya-tanya “domain tu apa?” “hosting tu apa”.

Kalau ya, korang berada di tempat yang tepat.

Posting kali ni simple je. Aku akan cuba explain kedua-dua persoalan ni seringkas mungkin.

Apa itu web hosting?

Web hosting ni sejenis online service yang membolehkan korang publish website di internet. Tanpa web hosting, website tak akan boleh online. Itu pokok pangkal dia.

Once korang subscribe web hosting plan, korang sebenarnya sedang menyewa some space yang ada pada server fizikal.

Space ni la korang gunakan untuk bina website, upload gambar, fail, video dan lain-lain.

Analoginya, web hosting ni macam sebuah tanah kosong. Korang kena beli tanah tu untuk bina rumah.

So korang dah nampak kan betapa pentingnya web hosting?

Web hosting ni ade beberapa jenis. Kat sini aku senaraikan antara yang biasa korang akan jumpa dalam mana-mana website hosting:

  • Shared hosting
  • VPS hosting
  • Cloud hosting
  • WordPress hosting
  • Dedicated hosting

Baca: 5 Jenis Web Hosting in Details

Bila dah explain pasal hosting, tak sah kalau tak cerita pasal domain. Jom baca persoalan seterusnya pulak.

Apa itu domain?

Merupakan alamat untuk sesebuah website. So setiap website wajib ada. Macam sekarang ni, korang tengah visit website revomad.com

Revomad.com tu la alamat untuk website wordpress aku ni.

Kalau ada hosting tapi takde domain, camne orang nak jumpa website kan? Cukup dua syarat ni baru boleh bina website.

Web hosting + domain = website

revomad.com

Setiap domain itu unik. Macam revomad.com. So dalam dunia ni ada satu je alamat website macam tu.

Tapi boleh je orang lain nak guna nama revomad ni asalkan guna extension yang lain macam dot net, dot online, dot my etc.

Ada web hosting yang bagi free bila korang subscribe web hosting plan dorang. Kalau takde pun takpe. Korang boleh beli asing-asing.

Range harga pulak ikut jenis extension. Biasanya dalam RM45 hingga RM70 setahun. Kalau korang nak beli domain yang affordable, boleh beli kat JimatHosting.

Baca: Tips Beli Domain

Kesimpulan

Web hosting dan domain merupakan dua servis yang berbeza tapi saling memerlukan bagi menghasilkan sebuah website.

Kedua-duanya perlu di renew setiap tahun bagi memastikan website korang sentiasa wujud di alam maya.

Amacam? Boleh faham tak penerangan aku? Kalau korang ada sebarang soalan, boleh komen kat bawah ok!

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM