free-online-course

9 Websites Best Yang Offer Online Course Secara Percuma

Korang teringin tak nak improve diri dengan belajar sesuatu ilmu atau skill baru setiap hari?

Zaman sekarang serba canggih. Tak terkejar dek kepesatan teknologi. Kalau tengok di internet, ada banyak sangat online courses bagai cendawan yang tumbuh.

Kena pulak musim covid ni.

Bagi aku personally, online course memang pilihan terbaik bagi korang yang nak belajar sesuatu yang baru dalam hidup.

Aku cakap macam ni tak bermakna aku menidakkan convesional learning. Pergi sekolah itu bagus. Masuk universiti itu bagus. Apa yang aku cuba tekankan kat sini, ada sangat banyak resources di internet yang boleh kita manfaatkan as an addon knowledge.

Kelebihan online course

  • Sekarang kebanyakan masyarakat dah boleh adapt dengan norma baru WTH (work from home) atau SFH (school from home). So dah tak perlu nak bersesak naik komuter, atau keluar rumah.
  • Boleh spend more time dengan yang tersayang dalam masa yang sama tak terlepas untuk belajar ilmu baru
  • Jimat duit dan sebagainya

So posting kali ni aku nak share 9 websites yang offer free online course yang korang boleh belajar benda baru setiap hari start dari sekarang.

9 Websites with free online course

1. Coursera

Coursera ni website yang ade partner dengan universiti-universiti dan organisasi terkenal seluruh dunia. So topic dia sangat besar.

Selain free course, coursera ni ade jugak offer profesional cert. Tapi cert tu kena bayar la. Kalau untuk tambah ilmu, boleh je belajar course secara percuma.

Kalau korang memang plan nak amik course untuk carrier atau nak jadikan addon value dalam resume, atau letak dalam linkedin, coursera antara platform yang bagus.

2. Ted Talks

Ini antara website sumber yang paling aku suka. Boleh kata setiap minggu layan. Yang best pasal ted talks ni, perkongsian dia santai dan mostly sangat bermakna dan berinspirasi.

Topic ada macam-macam. You name it!

Ted talks menekankan konsep perkongian ilmu dan idea dengan cara yang sangat kreatif. Setiap speaker ada cara pembawakan yang berbeza-beza. Dan boleh dikatakan most speaker memang pandai bercakap. Seronok dan kelakar! Serius aku banyak belajar dari sini.

Selain website, Korang juga boleh tonton ted talk ni di smart tv atau smartphone. Korang just perlu download dan install je apps dia dari link di bawah.

3. Skillshare

Ni antara website free online course terawal yang aku pernah join. Ada course yang free dan ada yang berbayar. Biasanya aku enroll yang free je. Content best dan video dia berkualiti. Memang puas hati.

Topic yang dia cover pun banyak. Aku biasa enroll topic productivity, lifestyle dan business.

4. Udemy

Sama macam skillshare. Antara yang terawal jugak sehingga sekarang. Ada free ada berbayar. Boleh kata, korang wajib join dua-dua website ni sebab content memang power.

5. Ted-Ed

Sama macam ted talks juga. Purposely untuk education. Ted-edu ni dalam bentuk animated educational video yang simple dan mudah faham. Video dia pun tak berapa panjang. So bagus untuk anak-anak dan parent belajar sama-sama.

6. Guides

Guides ni antara yang terbanyak kandungan resources online. Topic pun bermacam-macam. Cuma dia lebih kepada pembacaan. Tak macam website yang lebih kepada video learning. But ok ape sebab content dia tak panjang tapi padat dengan info.

7. Lifehack

Ni pun antara yang aku minat. Biasanya aku baca blog je ebab apa? Likehack show pun ada cuma bagi aku biasa je. Free course ada cuma tak berapa banyak.

Topic pun ok la dia cover: business, health, philosophy, productivity, psychology, science, technology, travel etc.

8. 99U

Yang ni aku tak pernah tengok. Baru je tengok tadi. Hahaha Apa yang aku boleh komen, 99U ni seakan-akan Ted Talks. Content dia agak best. Kalau korang biasa layan Ted Talks, korang akan tahu macam mana konsep 99U.

9. Google Digital Garage

Google offer free online course especially untuk topic digital online, marketing dan productivity. Aku tengok dia punya course agak menarik. Sesuai untuk mereka yang buat bisnes online.

free-online-course

Kesimpulan

Tak kira berapa pun umur korang, tua atau muda. Menuntut ilmu tu wajib. Ada sangat banyak sumber ilmu yang free di luar sana yang worth to try. Bagi aku, investment time dan energy untuk knowledge bukan suatu yang sia-sia.

InsyaAllah ilmu tu berguna untuk diri dan orang sekeliling kita. Jom belajar. No excuses. Just do.

Pendapat korang?

Ada yang pernah try mana-mana free online course? Cuba komen sikit pengalaman korang kat ruang komen. Kalau ade yang baru, boleh share!

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM