tips buat duit online 2021

5 Cara Simple Tapi Power Buat Duit Online Untuk Tahun 2021

Nak buat duit secara online pada tahun 2021?

Saya percaya pandemik covid-19 ni dah buka banyak mata tentang peluang untuk kita masing-masing survive dengan cara yang diluar kebiasaan.

Ada yang kena berhenti kerja. Ada yang kena potong gaji.
Ada yang hilang terus sumber pendapatan.

Punya power penangan ujian Allah ni untuk kita semua.

Namun, dek kepesatan teknologi dan perkembangan dunia digital yang berlaku setiap saat, ada golongan yang cuba mengadaptasi kebolehan diri dengan mempelajari sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Keyword “buat duit online” dah kira sangat popular di carian internet. Malah makin menjadi-jadi.

Akibat current situation, nak tak nak kena ikhtiar untuk belajar cara buat duit online.

Demi menyahut permintaan ramai, disini saya kongsikan 5 cara nak buat duit secara online untuk tahun 2021.

InsyaAllah apa yang bakal saya kongsikan ni boleh dibuat tak kira apa background, umur atau skill korang.

Yang penting take action.

1. Jual gambar

Zaman sekarang semua ada hp canggih manggih. Nak jual gambar tak perlu dslr. Guna hp pun boleh sekarang.

Korang just snap je gambar. Pastu upload kat website macam shutterstock, etc.

Kalau korang takde idea nak amik gambar macam mana, korang tgk je gambar2 dlm tu dan snap lebih kurang sama.

Orang yang berminat dengan gambar korang, mereka akan beli. Jualan semua dalam usd.

Jangan tekejut ye kalau korang tengok gambar orang tengah pam minyak kat petronas pon orang luar negara beli. Eh mcm2 lagi la.

2. Affiliate marketing

Ni cara paling saya suka buat duit online dan boleh kata saya dh ade pasif income dari sini.

Tak susah mana pun kalau tahu cara.

Mostly nak buat income affiliate ni free je. Antara platform yang offer affiliate program macam ordersini, klikjer, onpay, involve asia dan banyak lagi.

Affiliate ni tak perlu jual barang. Korang daftar free, pastu share link affiliate kat media sosial. Orang klik link tu dan beli, korang dapat komisyen. Camtu je.

Gunakan software FBOOM untuk viralkan posting yang ada link affiliate anda. Lebih ramai yag tengok, lebih tinggi peluang orang membeli guna link tu.

Hint: pilih 1 niche je then buat blog 😘

3. Buat Blog

Betul. Buat lah blog. Memang boleh buat duit online dari blog. Cuma korang tak boleh expect la hari ni buat blog, esok lusa dah jadi orang kayaaa!

Pendapat peribadi saya, blog lebih kepada pendapatan pasif. Income affiliate saya boleh kata 99% dari blog yang saya buat. And FYI, kebanyakan posting yang generate income ni posting-posting tahun 2018-2019.

Ya posting-posting lama tapi masih relevan. Best kan? Tak perlu nak update sangat. Lepas buat tinggal.

Tapi bukan bermaksud buat cincai macam tu je. Mesti kena hasilkan penulisan yang berkualiti baru orang appreciate dan percaya kat korang.

Selain affiliate, korang boleh jadikan blog sebagai medium perkongsian info, kedai online atau apa-apa je yang berkaitan dengan bisnes korang.

Bila trafik dah tinggi, boleh apply adsense. Bila blog korang dh layak dimonetize, akan ada la keluar iklan-iklan terselit sana sini dalam posting.

Korang akan dibayar base on pay per click.

Untuk create blog, korang boleh guna blogspot atau wordpress. Guna yang free je.

Tips: Blog adalah platform paling sesuai buat duit dengan affiliate. Seriously

4. Dropshipping

Dah banyak sangat kat Malaysia ni supplier-supplier yang offer dropship program ni. Korang boleh join je. Ada yang free ada yang berbayar.

Kat mana nak cari supplier? Banyak platform. Paling mudah, cari di shopee atau lazada. Taip je dropship di kotak search. Banyak yang offer. Tengok produk mana yang laku keras then chat dengan seller.

Bila dah jumpa supplier, jangan menjual di shopee jugak. Cuba menjual di facebook, carousell atau platform lain.

Kalau nak mudah, korang boleh tengok Dropship Duo Heroes ni. Produk dah ada. Memang evergreen habis. Mereka dah siapkan sistem. Cubalah!

5. Youtuber

Method ni tengah trending dan bagi saya cara buit duit dengan youtube adalah suatu yang relevan. Cuma ia perlukan masa untuk berkembang (macam blog jugak).

So macam biasa, untuk buat duit dari youtube, korang perlukan audience. Then buat video yang menarik secara konsisten. Lagi satu kena tahu basic video editing.

Jenis-jenis video ni terpulang kat kreativiti masing-masing. Tapi kalau tengok kat Malaysia ni, kontent-konten jenis vlog dapat permintaan.

Korang boleh jugak buat specific niche contoh masakan, make-up tutorial, DIY, review produk, parody, menyanyi, main instrument muzik atau apa-apa saja.

Untuk melayakkan korang buat duit (monetize) di youtube, korang kena pass 3 syarat ni, baru boleh apply YouTube Partner Program (YPP)

  1. Good standing status (tak langgar community guideline, takde copyright strikes dan takde video kena block)
  2. Reach 4000 jam jumlah masa tontonan
  3. 1000 subscribers

Bila dah cukup syarat, request YPP. Once YouTube approve, video-video korang akan iklan yang selalu korang skip ads tu. hehehe

Kesimpulan

Ada banyak lagi cara kat luar sana untuk korang buat duit secara online selain 5 yang saya share ni.

Pokok pangkal dia, sales hanya akan berlaku bila ada teknik marketing yang betul. Even korang buat semua cara tapi marketing ke laut, susah jugak nak buat duit.

Kalau korang rasa diri tak berapa nak tahu tentang sesuatu perkara (contohnya macam marketing, close sale etc) cuba letak niat dan belajar dan cari ilmu. Sebab sekarang ni dah banyak ilmu-ilmu premium yang boleh kita dapatkan secara percuma.

Seterusnya terpulang kat diri sendiri samaada nak take action atau tidak.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat dan idea untuk korang.

Yang beri rezeki Allah,

Maka, berusahalah, insyaAllah

revomad.com
Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM