5 Jenis Web Hosting Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Subscribe Dan Bina Website

Korang nak beli web hosting tapi masih dalam dilema nak pilih jenis yang mana satu?

Sebelum decide nak beli, korang kena tahu website jenis apa yang korang nak buat. Salah pilih mungkin akan merugikan korang.

So kat sini aku cuba kongsikan secara ringkat 5 jenis web hosting yang available di pasaran. Setiap satunya mempunyai perbezaan dan kelebihan masing-masing.

1. Shared Hosting

Paling popular dan sangat sesuai untuk beginner yang baru nak belajar ada website sendiri.

Nama dia pun shared kan, maksudnya dalam 1 server tu, kita kongsi dengan pengguna lain.

Macam dalam 1 rumah ada 10 orang. Masing-masing guna ubat gigi yang sama. Kalau sorang pakai lebih, dia akan effect orang lain. Ada yang tak gosok gigi pergi keje. Hahaha

Lebih kurang macam tu la analogi dia.

Bila share ni kita kena bare la dengan sebarang kemungkinan macam server down ataupun loading website slow. Satu overload, 1 server akan dapat impak dia.

Boleh dikatakan kategoti yang paling murah dipasaran berbanding hosting jenis lain.

Sesuai untuk: Newbie, trafik masih sikit (personal blog)

Harga: RM7 – RM30 sebulan (OMG-Host)

2. VPS Hosting

web hosting terbaik di malaysia

Dalam 1 server fizikal, provider bahagikan server tu kepada beberapa virtual compartments. So kiranya vps ni private compartment dalam server tu.

Sebab tu nama dia virtual private server. (Harap korang tak pening ayat aku ni…)

So boleh kata vps ni still share server dengan pengguna lain cuma dia ade special privilage untuk manage hosting dia sendiri.

Biasanya spesifikasi vps jauh lebih better berbanding shared.

Sesuai untuk: Website yang trafik dia tinggi dan sederhana (ecommerce, online bisnes)

Harga: RM17 – RM160 sebulan

3. Cloud Hosting

Lebih kurang sama macam VPS cuma guna teknologi cloud. Ia terdiri dari beberapa server fizikal yang dikawal secara remote.

That’s why website under this sangat jarang kena server down. Bila salah satu server sibuk atau problem, server lain akan take over.

Selain tu, ia juga flexible dan scalable so korang boleh upgrade or downgrade ikut penggunaan.

Sesuai untuk: Website yang tinggi trafik (ecommerce, online bisnes)

Harga: RM28 – RM240 sebulan

4. WordPress Hosting

Still dalam bentuk shared hosting cuma provider dah configure hosting ni khas untuk pengguna wordpress dengan pelbagai keperluan supaya website korang perform paling optimum.

Boleh kata site load untuk hosting ni agak laju berbanding hosting lain bagi yang guna wordpress.

Sesuai untuk: Pengguna wordpress

Harga: RM8 – RM60 sebulan

5. Dedicated Hosting

Senang cerita, itu server korang yang punya. Takde kongsi dengan sapa-sapa. Spesifikasi tak perlu cerita memang better dari yang lain.

Korang boleh buat ape je yang korang nak. Nak buat web hosting sendiri? VPS? Ikut korang lah. For sure, harga dia memang paling mengancam lah.

Sesuai untuk: Website yang trafik dia tinggi (ecommerce, online bisnes)

Harga: RM300+ – RM1k sebulan (kusss semangat!)

Kesimpulan

Adalah sangat penting untuk kita tahu objektif website yang bakal kita bina. Bila jelas objektif, mudah nak buat pilihan.

So aku harap dengan perkongsian ni boleh bagi korang idea web hosting jenis mana yang korang perlu subscribe untuk website yang bakal korang bina nanti.

Selain apa yang kongsikan kat posting ni, aku highly suggest korang baca juga posting ni.

Baca: 4 Faktor Utama Pemilihan Web Hosting Provider Agar Website Lebih Reliable

Semoga masing-masing dapat manfaat dari posting ni.

Apa pendapat korang?

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM