pilih-web-hosting-terbaik

4 Faktor Utama Pemilihan Web Hosting Provider Agar Website Lebih Reliable

Korang tengah cari info pasal web hosting provider kan? Masih blur-blur apa kriteria terbaik sebelum subscribe plan yang di offer?

Aku macam tu jugak dulu.

Kalau boleh, nak cari web hosting yang murah, laju gila dan segalanya unlimited. Hahaha

Bila fikir-fikir balik, mana wujud spec macam tu. Susah la provider-provider ni nak cari makan kalau jumpa orang macam aku ni.

Bila korang survey, setiap plan yang ditawarkan dengan harga sekian sekian, bermakna ada la sebab dia. Biasanya lagi mahal plan tu, lagi power spesifikasi yang provider offer. Standard lah kan.

Sampai bila nak murah je kan? Kalau nak murah baik amik website yang free macam blogspot dan wordpress subdomain tu. Tak pening kepala.

Ok cukup berleter.

Disclaimer: Aku ni bukan pandai mana. Masih usia setahun jagung dalam dunia website ni. So apa yang aku share ni adalah sekadar pendapat dan pengalaman peribadi sahaja.

Follow 4 tips ni so that korang ada gambaran apa kriteria web hosting provider yang bakal menjadi pilihan hati korang.

1. Recognized Web Hosting Provider

Pilihlah provider yang dah dikenali atau dah bertapak lama dalam dunia web hosting ni contohnya hostinger, cunhosting, movahost, shinjiru, exabytes, serverfreak, iwhost dan lain-lain.

Sebab apa?

Sebab biasanya provider-provider ni sediakan after sales service a.k.a customer support yang sangat awesome dan pantas! Bagi aku, ini tersangatlah penting. Tak tahu, chat terus, ada problem chat terus. Senang.

Lagi satu, uptime guarantee mesti paling kurang 99.9% baru mantap. Ni kalau website asyik down je, boleh kemurungan tau!

2. Offer Plan Webs Hosting Yang Bagus

Saiz storage

Kapasiti (disk space) ni ada macam-macam. Ada yang serendah 2Gb sehingga 2TB. So bergantung atas tujuan apa website nak digunakan, berapa banyak domain, subdomain, addon domain yang akan tumpang dalam tu dan faktor-faktor lain.

Aku punya pandangan, untuk newbie (blogging purpose) better ambil disk space paling kurang 5GB. Tak digalakkan ambil kurang dari tu.

Jenis storage

Zaman sekarang kebanyakan hosting dah guna storage (SDD). Jenis SSD ni akan membuatkan website kita lebih laju berbanding teknologi yang terdahulu macam HDD. Kalau korang tengok provider offer SDD, boleh dah buat kira-kira.

Percuma SSL

SSL atau secure sockets layer ni sejenis protokol untuk web browser dan server bagi pastikan segala data transfer sentiasa dilidungi. Kalau website takde SSL, nanti dekat bahagian atas web browser dia akan tulis this site non secure. Ouch!

Percuma domain

Ini optional. Kalau ada bagus, kalau takde jangan susah hati. Ada banyak hosting atau domain provider kat luar sana yang offer domain yang murah-murah. So bukan isu besar. Kalau dapat free grab aje!

Range harga domain kat luar untuk dot com biasanya dalam RM45 hingga RM70 setahun. Harga domain ni berbeza-beza mengikut jenis extension.

Baca: Tips beli domain

Bilangan domain/ subdomain

Ada plan yang offer 1 domain je. Ada yang offer puluhan hingga ratusan domain. Kena ingat, lagi banyak domain yang di pasang dalam web hosting, lagi banyak disk space akan dipakai.

Subdomain pun tak terkecuali sebab subdomain juga dikira sebagai sebuah website yang berbeza even though it just a “sub” domain.

Kalau dalam plan dia tulis 50 websites, total domain dan subdomain should be 50. So decide baik-baik ye.

3. Web Hosting Provider Based Malaysia

Kalau target traffic korang adalah rakyat Malaysia, sebaiknya pilih provider yang ada data centre di Malaysia.

Why?

Kalau visitor surf website korang yang dekat dengan demografi dorang, respon pasti lebih cepat berbanding lokasi server yang agak jauh. Logik kan?

4. Harga Web Hosting Plan Yang Berpatutan

Harga ni ada banyak range. Macam aku cakap masa awal-awal tadi, beza harga ni bergantung pada spesifikasi yang provider tu offer.

Lagi mahal, lagi tinggi performance dia.

revomad.com

Contohnya website-website popular kat Malaysia macam thevocket atau siakapkeli. Paling kurang dorang guna dedicated hosting sebab trafic ratus ribu ke juta. Kalau pakai shared hosting confirm server down!

So kalau korang baru nak mula, better start dengan shared hosting. Range harga dalam RM50-RM130 setahun. Setahun tau. Kiranya approximately dalam RM5-RM12 sebulan.

Tapi korang kena hati-hati dengan marketing strategi hosting provider ni ye sebab biasanya untuk 1st year subscription memang akan murah berbanding bila nak renew next year. So please tengok betul-betul pasal ni.

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM