media-sosial-terbaik-untuk-newbie

11 Platform Media Sosial Yang Wajib Newbie Pakai Untuk Lebih Stunning dan Dikenali

Korang baru start buat bisnes online? Struggle nak bagi orang kenal bisnes? That’s okey. Benda ni biasa.

Sebab nak penetrate market bukan suatu yang mudah untuk newbie. Tapi ini bukan alasan untuk kita tak start dari sekarang.

Nak bagi public kenal kena ada strategi. Tambah-tambah di zaman media sosial. Rugi kalau kita tak gunakan platform yang ada sebaik mungkin.

Nak buat marketing ni kena ada strategi. Sebelum pergi ke bahagian strategi, benda yang sangat penting ade lah asas. Aku kelaskan kepada 2 asas utama.

Kenal produk dan kenal pelanggan

revomad.com

Bila korang faham 2 asas ni senang nak susun strategi. Sebab korang tahu kekuatan produk dan korang tahu siapa yang berminat nak beli produk korang.

Gagal faham dua perkara asas ni, sama seperti menjual sikat pada orang berkepala botak. Useless! So bila dah kenal siapa pelanggan dengan jelas, kat mana dia lepak, situ korang tabur peluru.

Jom aku kongsikan 11 platform media sosial terbaik untuk korang gunakan sebagai medan perang bisnes online.

10 Media Sosial Platform Untuk Orang Bisnes

media-sosial-newbie

1. Iklan di facebook

Jangan start dengan facebook ads. Gunakan dulu medium free marketing yang facebook sediakan seperti facebook group, facebook profile, facebook story, marketplace dan facebook live.

Kalau korang ada kedai fizikal , boleh tarik perhatian penduduk setempat dengan post iklan di group kawasan masing-masing. Snap satu gambar tengah susun makanan, post dlm facebook group setempat. Gunakan cara yang sama untuk facebook marketplace.

Facebook profile pulak untuk soft-sell. Share berkala. Bukan setiap hari pasal bisnes je. Facebook profile lebih kepada sosial dengan rakan dan keluarga.

Facebook live sangat powerful. Tak caya try. Let say korang bukak kedai donut dan nasi lemak kat kawasan rumah korang. Pagi-pagi tu buat facebook live. Inform orang setempat a.k.a rakan facebook sekitar yang gerai dah nak bukak. Tunjuk behind the scene.

Gunakan kreativity korang so that facebook live tu ade elemen “sosial”.

2. Mudah.my

Bagi aku personally, mudah ni paling sesuai untuk produk fizikal. Mane de orang nak beli tomyam kt mudah.my kan? So kalau korang jual benda fizikal dan rare, medium ni memang sesuai. Cuma ada sesetengah listing, mudah.my ni dia kenakan caj.

Iklan dalam mudah ni ada expiry date. Tak ingat berapa puluh hari. 20 hari kot lepas tu korang kena renew balik.

3. Carousell

Pesaing mudah.my. Popular dengan prelove item atau second hand. Tapi nak iklan produk baru pun boleh je. Kalau tak silap, sama macam mudah ade fee untuk certain jenis listing. Bayar kena guna carousell coins.

4. Instagram

Media sosial yang sesuai untuk korang yang nak create brand awareness. Branding via image atau lifestyle. Disebabkan instagram ni utamakan image, so gambar kena menarik lah. Lagi kerap korang post, lagi mudah orang terbayang-bayang brand korang.

Korang boleh juga guna instagram story. Power jugak tu!

Dan jangan lupa setup akaun business. Kalau sebelum ni akaun personal, tukar terus ke business. Ada banyak kelebihan guna instagram business account.

Bila dah ada akaun, update bio. Gambar profile kena mantap. Kalau ada website, letak dekat bio. Bila post, jangan lupa letak hashtag #revomad. Letak la hashtag yang relevan dengan bisnes korang.

Rajinkan diri untuk buat aktiviti like dan follow mem follow. But jangan buat sebarangan. Kena tahu siapa target customer korang then baru follow dorang.

5. Blogspot

Ni kira level nenek media sosial untuk blog. Paling awal kalau tak silap aku. Best untuk buat content pasal bisnes korang. Bagi aku platform ni sangat power.

6. WordPress

Antara platform media sosial gergasi yang wujud sejak 20 tahun lepas. Ada yang free (subdomain wordpress.com) dan ada yang berbayar. Kalau pakai yang berbayar of course lah lebih canggih dan boleh customize.

Tapi kalau content korang best, free pun dah cukup sangat dah! Share content yang dah siap di twitter or facebook.

7. Pinterest

Ini antara media sosial paling ramai yang terlepas pandang. Walaupun kat Malaysia ni tak ramai yang main pinterest tapi percaya lah ia sangat membantu dalam hasil carian. Give a try!

8. Youtube

Apa? Nak jadi youtubers? Taklah gurau je.

Rasanya semua tahu akan kekuatan youtube sebagai video sharing platform terbesar di dunia. Korang create je akaun. Lepas tu upload segala bagai video yang berkaitan dengan bisnes korang.

Jangan abaikan platform media sosial yang sangat awesome ni!

9. Twitter

Platform terbaik untuk share content. Kena kreatif untuk create thread. Kalau takde idea nak buat macam mana, cuba tengok akaun pesaing. At least korang ada idea and follow macam mana mereka engage dengan audience.

Kalau korang dah ada satu dua content dalam blog, share sekali dalam twitter. Kalau macam aku yang masih baru, aku cuba teknik ni.

Aku buat content dalam blog, lepas tu aku create thread based on content tadi. SImple-simple je. Almaklumlah, twitter ni kan kedekut perkataan.

10. Google My Business

Fungsi ni dah lama google sediakan secara percuma cuma tak ramai yang explore. Korang mesti perasan punya. Contoh macam ni. Aku taip milk booster, keluar hasil carian macam ni.

Dah la free, boleh dapat sumber trafik secara organik dari google pulak tu. Nikmat apa yang nak didustakan? Bagi aku personally, Google My Business ni sangat powerful dan sangat rugi kalau korang tak guna.

11. Tiktok

Zaman sekarang tiktok ni tengah naik. Fungsi dia lebih kurang sama je macam facebook live. Gunakan untuk promote bisnes korang dengan cara “‘tiktok”. Tak perlu nak joget bagai.

Korang boleh share tips, share moment masa handle customer, behind the scene, tutorial dan apa-apa la yang korang rasa best. Tips penting, pilih lagu yang sesuai dengan video. Ini main peranan dalam algoritma tiktok.

Extra

Korang boleh juga guna platform media sosial lain especially free website/blog yang lain macam wix, webbly, tumblr untuk post something berkenaan website korang. Nak senang, apa yang korang tulis di blogspot atau wordpress, copy je dan paste kat sini.

Kesimpulan

Banyak ek akaun media sosial yang kena buat? Berguna ke?

Berguna atau tak tu bergantung pada objektif. Kalau korang baru mula, buat je semua. Tak rugi dan benda free.

Nanti bila google dah start crawl info korang, brand name dah ada dalam carian google, lepas tu pandai-pandai adjust nak utamakan medium yang mana untuk generate sales.

Kalau korang tak nak buat semua pun takde masalah. Ikut masing-masing punya cara.

Tapi itu lah hakikatnya. Nak berjaya bukan mudah. Perlukan sedikit pengorbanan. Kat luar sana ada sangat ramai pesaing yang buat bisnes sama macam apa kita buat.

So kena be creative dan jadi lain dari yang lain tanpa memperjudikan kebodohan diri (bad marketing).

Korang pegang satu bende ni, setiap usaha yang korang korbankan pasti akan ada hasilnya. Lagi satu rajinkan bersedekah. InsyaAllah rezeki tak putus-putus.

Apa pendapat korang?

Default image
Revomad
Blogger & Online Entrepreneur. Start blogging since 2012. Sharing tentang teknologi digital & bisnes online. Bukan budak IT tapi suka IT. Sentiasa newbie.

Leave a Reply

Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM